Muqadimah (معهد تحفيظ دار الازهر)

   

Melihat dan menginsafi keadaan remaja hari ini yang ramai terjebak dengan gejala sosial dan bermacam-macam masalah moral dan akhlak yang amat membimbangkan, maka timbul rasa terpanggil untuk bersama memikul tanggungjawab dan mengembeling tenaga dalam mencari jalan bagi mereda dan menangani setidak-tidaknya sebahagian dari mereka.
 Di atas kesedaran itu, hanya agama Islam yang suci dan unggul sahaja yang mampu membendung semua ini. Dengan kembali kepada ajaran islam seperti belajar menghafaz Al-Quran, Tadabbur Al-Quran, Hadis dan Sirah serta cabang-cabang ilmu islam yang lain akan dapat membentuk akhlak Islamiah dan melahirkan generasi Al-Quran yang akhirnya dengan itu mereka akan selamat dari kancah himpunan sampah masyarakat. 

Alhamdulillah diatas satu matlamat, visi dan misi yang jelas maka tertubuhlah Maahad Tahfiz Darul Azhar yang pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i. Pusat pengajian ini menekankan pengkhususan dalam pengajian menghafal Al-Quran dan Bahasa Arab berserta mata pelajaran Fardhu Ain yang lain.

0 comments:

Post a Comment